suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo rancang buka hotel gaya hidup mewah 4 bintang, ada sebab pilih lokasi di Manchester

Ronaldo merancang untuk membuka hotel baharu di Manchester. Foto Reuters

CRISTIANO Ronaldo merancang untuk membuka hotel mewah bernilai £27 juta (147.8 juta) yang menghadap Piccadilly Gardens di Manchester, United Kingdom.

Pemain Juventus itu mengadakan kerjasama dengan syarikat percutian dan pelancongan Portugal, Pestana untuk melancarkan 'hotel gaya hidup mewah' empat bintang.

Bangunan 11 tingkat itu akan mempunyai bar di atas bumbung.

Hotel CR7 Pestana akan dibuka di Manchester pada 2023 setelah kejayaan hotel Ronaldo di Madeira, Lisbon, Madrid, New York, Marrakesh dan Paris.

Ronaldo yang juga bekas penyerang Manchester United selama enam tahun, menjaringkan 119 gol dan memenangi sembilan trofi, sekali gus menjadi kegemaran firma berkenaan.

Menerusi satu catatan di laman web Pestana yang memberi penjelasan mengapa penyerang itu mahu menjadikan Manchester sebagai lokasi seterusnya bagi hotel baharu.

"Bandar ini di mana Cristiano Ronaldo memulakan karier antarabangsanya di Manchester United pada 2003 dan yang mana beliau pertama kali menggunakan nombor 7," katanya. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain