suria

Ajax tawarkan £13.5 juta untuk perpindahan Suarez

Kontrak Suarez di Barcelona akan berakhir pada 2021. Foto: Getty Images

AJAX menawarkan £13.5 juta untuk penyerang Barcelona, Luis Suarez, menurut laporan.

Suarez, 33, yang juga bekas bintang Liverpool, dipercayai diberitahu oleh bos Nou Camp bahawa dia tidak lagi dikehendaki Barcelona.

Bintang Uruguay itu juga telah diberitahu bahawa hanya tujuh pemain - termasuk Lionel Messi dan Antoine Griezmann - yang tidak akan dijual oleh kelab.

Tawaran tersebut membuka pintu bagi Suarez kembali ke Belanda - walaupun dia sebenarnya terdesak untuk tetap berada di Sepanyol.

Sebelum ini khabar bertiup kencang bahawa Suarez merupakan salah seorang daripada pemain yang ingin dilepaskan Barcelona pada musim panas ini jika mereka mendapat tawaran yang sesuai.

Seorang wartawan di Uruguay, Enzo Olivera, melaporkan Ajax bersedia membuat tawaran untuk penyerang itu.

Kontrak Suarez di Barcelona akan berakhir pada 2021. - Thesun.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ajax, Luis Suarez, Barcelona

Artikel Lain