suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Messi antara tujuh pemain yang terselamat daripada 'dilepaskan' Barcelona

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu menegaskan Messi tidak akan dijual kelab tersebut. Foto: Getty Images

SEJAK kekalahan penuh aib di tangan Bayern Munich pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara, Sabtu lalu, Barcelona dilaporkan akan melakukan rombakan besar terhadap barisan pemainnya.

Beberapa nama disebut-sebut sebagai antara yang bakal 'dilepaskan' kelab Catalan itu.

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu bagaimanapun menegaskan tujuh pemain kelab tidak akan dijual pada jendela perpindahan akan datang.

"Siapa yang tidak akan dijual? Lionel Messi," Bartomeu memberitahu Barca TV.

"Dia pemain terbaik di dunia. Dia tahu itu," katanya lagi.

"Kita juga bercakap mengenai pemain lain seperti Marc-Andre ter Stegen, Nelson Semedo, Frenkie de Jong, Clement Lenglet, Ousmane Dembele, Antoine Griezmann juga tidak akan dijual," katanya. - Marca.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain