suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atlet berbasikal hampir maut selepas terjatuh dari jambatan sewaktu perlumbaan di Itali

Perlumbaan ketika itu berbaki 50 kilometer (km) sebelum dia terbabas dan terjatuh dari jambatan.

MALANG tidak berbau.

Begitulah kisahnya melibatkan seorang pelumba basikal dari Belgium yang terjatuh dari sebuah jambatan berketinggian sembilan meter dalam sebuah perlumbaan di Itali.

Sewaktu diselamatkan, Cyclist Remo Evenepoel mengalami kecederaan teruk sebelum dia dikejarkan ke hospital berdekatan.

Perlumbaan ketika itu berbaki 50 kilometer (km) sebelum dia terbabas dan terjatuh dari jambatan.

Berusia 20 tahun, dia sebelum ini disenaraikan sebagai antara atlet basikal muda terbaik di dunia.

Dalam tahun ini sahaja, dia menjuarai kejohanan Tour of Poland dan Volta a Burgos.

Dalam pada itu, pengurusan atlet itu tidak mendedahkan keadaan kesihatan terkini, namun mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain