suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar Hafizh Syahrin kemalangan dalam perlumbaan di Austria

Hafizh Syahrin mengalami kemalangan di perlumbaan Moto2 di Austria.

MALANG tidak berbau. Pelumba Inde Aspar Team Moto2, Hafizh Syahrin Abdullah mengalami kemalangan dalam perlumbaan di Austria pada Ahad.

Hafizh Syahrin bagaimanapun dilaporkan sedar serta stabil dan dibawa ke pusat perubatan di litar bagi tujuan pemeriksaan

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam Twitternya mengesahkan Hafizh Syahrin dalam keadaan sedar.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan wakil KBS di Austria untuk memberi sebarang bantuan.

"Saya baru terima khabar tentang kemalangan @Hafizh_pescao55 daripada Dato Razlan Razali sebentar tadi dan Alhamdulillah, beliau dalam keadaan sedar," katanya.

Menurut pengurus pasukan Aspar, Gino Borsoi, Hafizh, 26, berada dalam keadaan sedar serta stabil dan kini sedang menerima rawatan di pusat perubatan litar.

"Penunggang berada dalam keadaan baik, hanya mengalami lebam terutama di bahagian pinggul, tetapi keadaan sedar," jelas Borsoi menerusi akaun Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain