suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tular foto wajah muram Messi di bilik persalinan selepas Barcelona diaibkan Bayern Munich

Wajah muram Messi (kiri) dirakam ketika di bilik persalinan selepas kekalahan teruk Barcelona di tangan Bayern Munich. Foto: ESPN

KEKALAHAN teruk skuad Barcelona di tangan Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara pada Sabtu nyata memberi tamparan hebat buat Lionel Messi.

Wajah kapten Barcelona itu dilihat muram dan tertunduk lesu saat berada di bilik persalinan.

Media Sepanyol, Marca, memuat naik sekeping foto memperlihatkan wajah Messi sedang tertunduk dengan tatapan kosong.

Bintang Argentina itu seolah-olah susah menerima kenyataan bahawa pasukan yang dikepalainya tewas teruk.

Barcelona diaibkan Bayern Munich apabila dibelasah juara Bundesliga itu 8-2 pada suku akhir Liga Juara-Juara di Estadio da Luz, Lisbon. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain