suria

Gempar Lionel Messi mahu tinggalkan Barcelona?

Lionel Messi dilaporkan mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan Barcelona. Foto Reuters

LIONEL Messi dilaporkan memberitahu lembaga Barcelona mengenai hasratnya untuk meninggalkan kelab itu segera, melainkan perubahan drastik dilakukan.

Barcelona masih diselubungi kekalahan yang memalukan selepas tewas 2-8 dengan Bayern Munich dalam suku akhir Liga Juara-Juara.

Esporte Interativo mendakwa Messi memberitahu ketua Barcelona bahawa beliau akan meninggalkan kelab itu pada musim panas ini kecuali perubahan penting dilaksanakan.

Bagaimanapun, Sport mendakwa ketua Barcelona dengan tegas menafikan mereka telah menerima sebarang mesej daripada Messi mengenai hasrat untuk meninggalkan kelab itu.

Laporan media Sepanyol lain pula menegaskan bahawa pemain berusia 33 tahun itu masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya.

Namun, Presiden Barcelona, Josep Bartomeu di bawah tekanan ketika ini untuk disingkirkan, manakala pengurus, Quique Setien dijangka dipecat. - Metro UK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain