suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barang berharga milik bintang F1 lesap, rumah dipecah masuk sewaktu sedang berlumba di litar

Gasly turut berkongsi mengenai kisah malang itu menerusi laman Instagram miliknya.

BINTANG Formula Satu (F1), Pierre Gasly berhadapan nasib malang apabila kediamannya di Normandy, Perancis dipecah masuk.

Menurut pelumba berusia 24 tahun itu, kejadian berlaku sewaktu dia sedang menyertai perlumbaan di kejohanan Grand Prix Sepanyol.

"Sesetengah orang memang tidak fikirkan nilai, tiada rasa hormat dan sangat jahat.

"Rumah saya dipecah masuk, hilang jam tangan yang diukir dengan nama, barang kemas, baju, cermin mata dan topi keledar.

"Tolong hubungi saya jika anda ada sebarang maklumat," ujarnya.

Dia berkongsi mengenai hal itu menerusi laman Instagram miliknya.

Untuk rekod, Gasly merupakan pelumba kumpulan B Red Bull, AlphaTauri. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain