suria

Luqman Hakim jaringkan gol pada penampilan pertama bersama KV Kortrijk

Luqman berlepas ke Belgium dua minggu lalu setelah menandatangani kontrak lima tahun bersama pasukan division Satu Kv Kortrijk. Foto: Bernama

BINTANG bola sepak remaja Luqman Hakim Shamsudin mencatatkan rekodnya tersendiri di Eropah selepas berjaya menjaringkan satu gol pada penampilan pertamanya bersama KV Kortrijk Bawah-21 dalam perlawanan menentang pasukan KRC Gent.

Menerusi satu video disiarkan di laman sosial KV Kortrijk, pemain berusia 18 tahun dari Kota Bharu itu dilihat merampas bola daripada pemain pertahanan lawan, sebelum merembat bola melepasi penjaga gol KRC Gent.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Luqman ke KV Kortrijk belum selesai,"FAS belum lepaskan Luqman secara rasmi"

Bagaimanapun KV Kortijk tewas 1-4 dalam perlawanan pertama Luqman Hakim selepas menjalani kuarantin 14 hari.

"Hakim Luqman, jaringkan gol pertamanya di Eropah untuk U21 kita (@kvkjeugd) dalam kekalahan 1-4 ketika menentang KRC Gent. Tahniah, Hakim!" tulis kapsyen pada hantaran Facebook dan Twitter kelab tersebut.

Luqman berlepas ke Belgium dua minggu lalu setelah menandatangani kontrak lima tahun bersama pasukan division Satu Kv Kortrijk.

Kelab itu dimiliki taikun perniagaan Malaysia Tan Sri Vincent Tan. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Kes Covid-19 dijangka meningkat - KJ