PENYANYI Ariana Grande sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial apabila penampilan terbaharunya mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat mengenai tahap kesihatannya.Foto Ariana ketika mengunjungi sebuah kafe di Montreal, Kanada pada Selasa lalu tular selepas dia sempat bergambar bersama beberapa peminat yang terserempak dengannya. Menerusi foto tersebut, susuk tubuh Ariana dilihat jauh lebih kurus berbanding seorang remaja perempuan yang bergambar bersamanya sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.Ariana sebelum ini menjelaskan tubuh badannya berada dalam keadaan sihat."Macam mana dia boleh lebih kurus daripada kanak-kanak berusia 11 tahun?"Dia nampak seperti sedang kelaparan," tulis netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Ariana Grande dirakam berpelukan dengan bekas kekasih, didakwa bercinta semulaARTIKEL BERKAITAN: Ariana Grande umum bakal tinggalkan dunia muzik, mahu fokus bidang lakonanDalam foto berkenaan, Ariana mengenakan kardigan longgar berwarna kuning air dipadankan dengan seluar jean biru, namun lengan dan lehernya tetap kelihatan jauh lebih kecil berbanding remaja tersebut.Malah, ramai turut mempersoalkan keadaan fizikal penyanyi itu dengan ada yang mendakwa dia mengalami gangguan pemakanan, selain menyifatkan Ariana kelihatan terlalu kurus, tidak sihat dan lebih berusia daripada umur sebenar.Sebelum ini, Ariana pernah menjelaskan tubuh badannya berada dalam keadaan sihat dan meminta orang ramai supaya tidak membuat andaian mengenai kesihatan seseorang hanya berdasarkan penampilan fizikal.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!