PELAKON Hong Kong, Strawberry Yeung Yuk Mui mendedahkan dirinya hampir menjadi mangsa penipuan 'love scam' yang dilakukan oleh seorang lelaki berusia lingkungan 20-an.Menurut Strawberry, 61, mereka mula bertemu dalam sebuah acara pada awal tahun lalu apabila lelaki berkenaan menegurnya sebelum mereka saling berhubung melalui mesej dan panggilan telefon. Katanya, lelaki itu juga sering menghantar mesej romantis selain menunjukkan sikap prihatin dengan bertanya khabar setiap hari seperti pasangan kekasih.Strawberry dapat hidu helah lelaki terbabit. "Ada ketika dia memanggil saya bidadari. Dia bertanya sama ada saya sudah bersarapan atau belum, mengingatkan saya supaya memakai baju tebal ketika hujan agar tidak kesejukan," ceritanya.Biarpun jarak umur mereka terlalu jauh, Strawberry terbuka untuk berkenalan dengan lelaki tersebut kerana melihat kesungguhannya membina kerjaya sebagai seorang usahawan.Malah, lelaki itu juga sering berkongsi gambar aktiviti harian yang memaparkan gaya hidup mewah.ARTIKEL BERKAITAN: Media Korea sangkal dakwaan hubungan sulit dengan Hwang Jung Min punca peminat hampir bunuh diri ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun kunci mulut, pelakon dedah punca simpan rahsia sudah berceraiBagaimanapun, perasaan Strawberry mula berubah selepas jejaka itu memintanya membuat pelaburan berjumlah sekitar RM150,000 untuk membantu perniagaannya yang berdepan masalah."Dia berjanji akan memulangkan semula duit tersebut keesokan harinya termasuk keuntungan tambahan."Awak ingat kakak yang sudah berusia 61 tahun ini bodoh? Adakah saya tidak pernah belajar tentang kehidupan selama ini? Adakah awak ingat saya ini babi yang menunggu untuk disembelih?"Selepas itu dia terus tidak menghubungi saya," kongsinya dalam sebuah video.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!