suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vokalis, pemain dram band Taiwan ‘kantoi‘ hubungan sulit

Hubungan terlarang Yen dan Chen sudah lama dihidu peminat.

VOKALIS kumpulan Oppa Shangqing, Yen Chin menjadi perhatian selepas didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan pemain dram kumpulannya, Chen Manqing.

Memetik laporan Korea Boo, hubungan sulit tersebut didakwa bermula ketika isteri Yen, penyanyi Wang Moyu, sedang mengandung anak pertama mereka pada 2024.

Lebih mengejutkan, Yen dan Chen dikatakan beberapa kali 'tertangkap' melakukan hubungan intim di studio rakaman kumpulan berkenaan.

Oppa Shangqing terdiri daripada tiga sahabat (dari kiri) Yen, Chen dan Anzu.

Malah, timbul dakwaan Chen menyertai kumpulan tersebut selepas disyorkan oleh Yen.

Yen, bagaimanapun tidak menafikan dakwaan hubungan sulit berkenaan dan dilaporkan membayar kira-kira RM39,000 (AS$9,200) kepada isterinya sebagai pampasan.

Menurut Yen, isteri dan anak perempuan mereka kini berada dalam keadaan baik susulan pendedahan mengenai hubungan sulit tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon veteran tak terpedaya kata-kata manis lelaki muda, dedah hampir jadi mangsa ‘love scam‘

ARTIKEL BERKAITAN: Media Korea sangkal dakwaan hubungan sulit dengan Hwang Jung Min punca peminat hampir bunuh diri

Untuk rekod, Yen dan Wang mendirikan rumah tangga pada Mei 2024.

Sementara itu, Chen turut didakwa masih bergelar isteri ketika hubungan sulit tersebut berlaku.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Chen mengesahkan dia sudah bercerai dengan suaminya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain