PENYANYI Ariana Grande dilaporkan akan berehat seketika daripada dunia hiburan selepas menamatkan jelajah konsert Eternal Sunshine bulan depan susulan kebimbangan berterusan orang ramai terhadap tahap kesihatannya.Menurut laporan E! News, wakil Ariana berkata penyanyi berkenaan mahu mengakhiri jelajah tersebut dalam keadaan sihat dan gembira sebelum mengambil masa untuk berehat daripada sebarang tugasan serta penampilan awam yang selama ini mengundang perhatian ramai.Ariana dilaporkan bakal berehat selepas tamat siri jelajah Eternal Sunshine. "Ariana akan mengurangkan kemunculan di mata umum selepas menamatkan jelajah Eternal Sunshine. "Dia tidak sabar untuk mengakhiri jelajah ini dalam keadaan sihat dan gembira sebelum menikmati rehat yang sememangnya wajar daripada tugasan serta penampilan awam," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Peminat bimbang Ariana Grande makin kurus, lagi kecil daripada kanak-kanak 11 tahunARTIKEL BERKAITAN: Ariana Grande umum bakal tinggalkan dunia muzik, mahu fokus bidang lakonanDalam perkembangan sama, Ariana turut disahkan tidak akan membintangi pementasan semula muzikal Sunday in the Park with George di West End, London yang dijadualkan berlangsung pada musim panas tahun depan.Ia sekali gus membatalkan hasrat bergandingan semula dengan rakan pelakon filem Wicked, Jonathan Bailey.Sebelum ini, foto Ariana ketika mengunjungi sebuah kafe di Montreal, Kanada tular selepas dia sempat bergambar bersama beberapa peminat yang terserempak dengannya.Menerusi foto tersebut, susuk tubuh Ariana dilihat jauh lebih kurus berbanding seorang remaja perempuan yang bergambar bersamanya sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!