suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gagal dalam percintaan... Ben Affleck reda jadi bahan lawak, disindir anak-anak

Ben tak kisah disindir anak-anaknya.

BEBERAPA kali gagal dalam percintaan, pelakon Ben Affleck terpaksa menerima hakikat dan reda menjadi bahan sindiran anak-anak.

Ben, 54, berkata situasi itu berlaku setiap kali dia cuba memberikan nasihat kepada anak-anak berdasarkan pengalaman hidup yang dilaluinya.

Menurut Ben, nasihatnya mengenai hubungan cinta sering kali dipatahkan dengan sindiran oleh anaknya yang berusia 17 tahun.

Ben kongsi gelagat anak-anaknya.

"Saya akan cuba masuk campur dan berkata... Kamu tahu, perkara mengenai hubungan dengan seseorang itu.

"Dia akan pandang saya dan berkata... Oh, macam ayah ini pakar sangat dalam soal hubungan?" katanya ketika muncul dalam rancangan Jimmy Kimmel Live!.

Ben berkata, dia pada awalnya cuba menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan memberikan nasihat seperti ibu bapa lain.

Namun, reaksi anak-anaknya membuatkan dia sedar bahawa mereka bukan sekadar memandang sinis setiap kali dia bercakap, sebaliknya turut menjadikan sejarah percintaannya sebagai bahan gurauan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas bercerai dengan Ben Affleck, Jennifer Lopez akui lebih bahagia hidup solo

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah 25 tahun putus cinta, kisah seks Ben Affleck dan Gwyneth Paltrow terbongkar

"Tetapi sekarang bukan sekadar mereka memutarkan mata apabila saya bercakap. Saya nampak mereka saling berpandangan sesama sendiri.

"Saya sedar mereka sudah menganggap saya sebagai bahan lawak," ujarnya.

Untuk rekod, Ben mempunyai tiga cahaya mata iaitu Violet, 20, Seraphina, 17, dan Samuel, 14, hasil perkahwinannya dengan aktres Jennifer Garner.

Ben dan Jennifer mendirikan rumah tangga pada 2005 sebelum mengumumkan perpisahan pada 2015, manakala perceraian mereka diselesaikan pada 2018.

Ben bersama dua anak perempuannya.

Dia kemudiannya kembali menjalinkan hubungan dengan penyanyi dan pelakon Jennifer Lopez serta mendirikan rumah tangga pada 2022.

Hubungan pasangan itu kembali berputik hampir dua dekad selepas pertunangan pertama mereka pada awal 2000-an.

Namun, perkahwinan tersebut turut berakhir apabila mereka berpisah dan Lopez memfailkan perceraian pada 2024.

 

Artikel Lain