SUDAH dilamar kekasih hati sejak dua tahun lalu, penyanyi Wika Salim mengakui masih belum memberikan kata putus untuk mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya, Max Adam.Wika, 34, berkata dia mengambil masa untuk melihat sejauh mana keseriusan serta keserasian mereka sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. "Sebenarnya dia sudah mengajak saya berkahwin sejak dua tahun lalu, tetapi daripada pihak saya masih belum bersedia.Wika dan Max mula bercinta sejak 2022."Saya mahu tengok dahulu sejauh mana keseriusan dan keserasian kami," katanya seperti dipetik Kapan Lagi.Bagaimanapun, Wika mengakui kini lebih yakin dengan hubungan mereka dan hampir bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya."Kalau sekarang, sebenarnya sudah semakin yakin selepas lama berkenalan. Memang sudah hampir bersedia juga.ARTIKEL BERKAITAN: Wika Salim kenang zaman susah, rumah dibina ayah tiada tandas... “Terpaksa jalan jauh cari tempat buang air besar”ARTIKEL BERKAITAN: Bukan nak jadi hero, Denny Sumargo hanya beri ruang DJ Panda bersuara"Tetapi buat masa ini, keutamaan kami adalah perkara lain dahulu. Kalau semuanya sudah selesai, kami terus berkahwin," ujarnya.Dalam pada itu, Wika berkata dia dan Max masih belum mempunyai perancangan yang serius untuk berkahwin walaupun sebelum ini timbul khabar angin mereka bakal bernikah tahun ini."Memang sebelum ini ada perancangan untuk tahun ini. Tetapi kalau mahu tetapkan sasaran, contohnya mesti tarikh ini atau bulan ini, sampai sekarang memang belum ada," jelasnya.