suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dok2 luah cinta sempena hari lahir Lee Hi, hadiahkan lagu khas buat teman wanita

Lee Hi (kanan) menyambut ulang tahun kelahiran pada 23 September lalu.

PENYANYI Lee Hi dan teman lelakinya, rapper terkenal Korea Selatan, Dok2 terus menjadi perhatian apabila kemesraan mereka semakin terserlah selepas hubungan cinta pasangan itu mula diketahui umum.

Terbaharu, Dok2 secara terbuka meluahkan rasa cinta terhadap Lee Hi menerusi perkongsian sempena ulang tahun kelahiran penyanyi berkenaan pada 23 September lalu.

Menurut laporan Allkpop, Dok2 turut berkongsi beberapa foto dan video bersama Lee Hi selain menghadiahkan sebuah lagu cinta khas buat wanita yang disifatkannya sebagai ‘cinta hati’.

Lee Hi (kanan) semakin terbuka menunjukkan kemesraan bersama kekasih.

“Pada 23 September hari ini, saya meraikan hari lahir cinta hati saya yang cantik, Dolphin Hi (nama panggilan).

“‘You Are My Hi’ yang saya dedikasikan untuk Hi kini boleh ditonton secara percuma di YouTube.

“Selamat hari lahir buat wanita istimewa ini. Terima kasih kerana dilahirkan. Saya sangat mencintaimu. Semua, tolong ucapkan selamat hari lahir buat Hi,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Agensi tidak benarkan Lee Hi Bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Anak BCL, Ashraf Sinclair kongsi foto mesra dengan ‘kekasih‘ ikut trend TikTok

Perkongsian tersebut turut mencuri perhatian apabila beberapa foto memaparkan kemesraan pasangan berkenaan ketika bersama.

Malah, salah satu foto menunjukkan Lee Hi mencium pipi Dok2, manakala beberapa gambar lain memperlihatkan mereka bergambar dengan wajah yang dirapatkan.

Untuk rekod, Lee Hi dan Dok2 mengumumkan hubungan cinta mereka kepada umum pada Mac lalu.

Bagaimanapun, pasangan itu dipercayai sudah mengenali dan menjalin hubungan sejak 2022.

Artikel Lain