PENYANYI Chris Brown mencuri perhatian selepas meluahkan rasa tidak puas hati terhadap industri muzik dan golongan selebriti menerusi beberapa hantaran di Instagram Story.Chris, 37, berkata dia sudah tidak lagi memerlukan penerimaan atau ‘kasih sayang palsu’ daripada sesiapa dan menyifatkan industri muzik sebagai sebuah ‘sarkas’ yang tidak mahu lagi disertainya.Chris Brown anggap industri muzik sebagai sarkas. Menurut pelantun lagu With You itu, perkara paling penting buatnya ketika ini adalah memastikan setiap keputusan yang dibuat memberi manfaat kepada anak-anaknya.Chris turut mengakui sudah penat merendah diri selain tidak lagi peduli dengan agenda, naratif atau pandangan orang lain terhadap dirinya.Lebih mencuri perhatian, dia secara terbuka memberitahu tidak menyukai golongan selebriti selain mendakwa dirinya berada pada tahap tersendiri dalam industri muzik.ARTIKEL BERKAITAN: Insiden tembakan berdekatan kediaman, nama Chris Brown pula terpalitARTIKEL BERKAITAN: Langgar Tempoh Percubaan, Chris Brown Dipenjara 131 HariChris juga berkata dia sudah penat bersikap baik dan tidak kisah sekiranya orang ramai mahu melihatnya sebagai seorang yang jahat. Bagaimanapun, penyanyi itu tidak menyebut nama mana-mana individu atau menjelaskan secara terperinci punca sebenar yang mencetuskan luahan berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube