suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Channing Tatum terkejut dituduh guna IG palsu sindir bekas tunang Zoe Kravitz dan Harry

Channing (kanan) nafi menyindir Zoe (kiri) menggunakan akaun palsu.

PELAKON Channing Tatum menafikan dakwaan mencipta akaun Instagram (IG) palsu semata-mata kerana ingin menulis komen mengaitkan hubungan bekas tunangnya, Zoe Kravitz dan kekasih baharu iaitu Harry Styles.

Spekulasi itu tercetus selepas peminat mengaitkan Tatum dengan akaun Instagram @bidness_nonya yang didakwa sering meninggalkan komen mengenai hubungan Zoe dan Harry.

Malah, akaun yang menggunakan nama “Nonya Bidness” itu dilaporkan hanya mempunyai seorang pengikut iaitu Tatum, sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Bagaimanapun, pelakon filem Step Up itu tampil menafikan dakwaan berkenaan menerusi Instastory miliknya.

Netizen sebelum ini mendakwa akaun @bidness_nonya adalah milik Channing.

Netizen sebelum ini mendakwa akaun @bidness_nonya adalah milik Channing. 

“Serius, saya benar-benar tak percaya korang fikir inilah yang saya buat ketika mempunyai masa lapang,” tulisnya.

Dalam pada itu, Tatum turut mempersoalkan mengapa dia perlu mengikuti akaun tersebut sekiranya benar dia mahu menyembunyikan identiti sebagai pemiliknya.

“Selain itu, kenapa saya perlu mengikuti akaun rahsia kalau saya tak mahu orang kaitkan akaun itu dengan saya? WTF (apa benda), sudahlah,” katanya.

Spekulasi itu mula menjadi perhatian hujung minggu lalu selepas akaun berkenaan meninggalkan beberapa komen berkaitan Zoe dan Harry termasuk pada hantaran yang memaparkan kemesraan pasangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Harry Styles dan Zoe Kravitz didakwa sudah bertunang, mahu segera timang cahaya mata

ARTIKEL BERKAITAN: Harry Styles dan Zoe Kravitz mesra berpegang tangan, video dirakam tanpa sengaja

Zoe dan Channing mula mencetuskan khabar angin percintaan pada 2021 selepas mereka dilihat berpegangan tangan ketika berjalan bersama, tidak lama selepas bekerjasama menerusi filem Blink Twice.

Pasangan itu dilaporkan bertunang pada 2023 sebelum hubungan mereka berakhir setahun kemudian.

Sementara itu, Zoe dan Harry mula mencetuskan spekulasi percintaan apabila mereka dilihat semakin kerap bersama sejak tahun lalu.

Pada April lalu, hubungan mereka sekali lagi menjadi perhatian selepas timbul dakwaan pasangan itu sudah bertunang, selain dikaitkan dengan perancangan untuk menimang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain