suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan terikat perkahwinan, William Chak tak malu mengaku ramai pasangan seksual

William mempunyai ramai pasangan di dalam dan luar negara.

TIDAK berselindung, pelakon Hong Kong iaitu William Chak mengakui mempunyai ramai pasangan seksual tanpa perlu menjalinkan hubungan serius.

William, 41, berkata dia mula menjalani hubungan  tanpa komitmen itu sejak kira-kira 10 tahun lalu.

Ujarnya, dia tidak mahu menyembunyikan perkara tersebut kerana menganggap dirinya sudah cukup matang untuk bercakap secara terbuka mengenai kehidupan peribadinya.

William tampil dengan pendedahan berani.

“Saya hampir mencecah usia 40 tahun ketika ditemu bual, jadi saya tidak mahu membuang masa dengan berbohong.

“Sejujurnya, saya sudah mempunyai ramai pasangan seksual sejak dahulu lagi. Beginilah cara saya menjalani kehidupan,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut, William berkata dia tidak bertemu kesemua pasangannya secara kerap dan ada antaranya hanya berjumpa sebulan sekali.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kena ’scam’ RM100,000 angkara cinta media sosial dengan Lee Dong Wook

ARTIKEL BERKAITAN: Dylan Wang terpalit dakwaan besarkan alat sulit, dituduh kononnya prosedur tak menjadi

Malah, terdapat juga pasangan seksualnya yang berada di Jepun dan Korea.

“Ada yang saya jumpa sebulan sekali, manakala ada juga yang saya jumpa setiap enam bulan.

“Ada antara mereka di Jepun dan Korea. Hanya beberapa orang yang saya kerap temui,” ujarnya.

Dalam pada itu, William menegaskan aspek keselamatan perlu diberi perhatian oleh individu yang memilih menjalani hubungan tanpa komitmen.

William selesa dengan kehidupannya kini.

Katanya, kedua-dua pihak perlu bersikap terbuka dan bertanggungjawab bagi mengelakkan risiko jangkitan penyakit kelamin.

“Kedua-dua pihak perlu menjaga keselamatan diri bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin.

“Sebagai seseorang yang sudah matang dan berpengalaman dalam perkara ini, anda tidak boleh memaksa atau berbohong kerana ia boleh menyakiti orang lain,” jelasnya.

Sekadar ingatan, hubungan seksual dengan ramai pasangan boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit kelamin selain dilihat menyimpang daripada norma budaya masyarakat.

Artikel Lain