HARGA tiket konsert penyanyi Ed Sheeran dilaporkan turun sehingga serendah AS$76 (RM320) bagi persembahannya di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS), pada Sabtu.Penurunan harga itu berlaku ketika Ed, 35, meneruskan jelajah The Loop yang dijadualkan berakhir di Mexico City pada Disember depan. Bagi persembahan di Foxborough, Massachusetts pada 25 September, harga tiket terendah ketika ini adalah AS$112 (RM471).Dua lagi konsert di Hollywood, Florida pada 29 dan 30 Oktober pula ditawarkan pada harga minimum AS$339 (RM1,427).Tiket konsert Ed dijual dengan harga serendah RM320.Harga tiket kembali turun bagi persembahan di Tampa pada 7 November apabila ia dijual serendah AS$87 (RM366). Untuk persembahan terakhir di Mexico City, harga tiket ketika ini bermula pada 3,550 peso (RM866).Ed memulakan jelajah The Loop di Auckland, New Zealand pada Januari lalu dan masih berbaki 18 persembahan di Amerika Utara dan Amerika Selatan.Dalam pada itu, beberapa kumpulan pro-Palestin merancang mengadakan demonstrasi di luar Lincoln Financial Field, Philadelphia, menjelang persembahan Sheeran pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Ed Sheeran, Martin Garrix singgah majlis kahwin peminat, beri 'konsert' kejutanARTIKEL BERKAITAN: Ed Sheeran kemurungan dapat tahu isteri hidap tumor, tulis lagu sebagai terapiKontroversi berkenaan tercetus selepas penyanyi rap Macklemore disingkirkan daripada barisan artis pembuka tirai jelajah itu susulan komennya mengenai Gaza. Beberapa artis lain termasuk Aaron Rowe, Finneas dan Lukas Graham kemudian mengumumkan keputusan menarik diri daripada baki persembahan.Kumpulan muzik pengiring Ed, Beoga, turut menarik diri dan menyatakan sokongan terhadap Macklemore. Menurut Ed, keputusan menyingkirkan Macklemore dibuat oleh pihak penganjur, selain menegaskan dia mempunyai pandangan peribadi mengenai konflik Israel-Palestin walaupun tidak bersuara secara terbuka.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube