SEORANG wanita Korea Selatan kerugian kira-kira AS$23,700 (RM100,000) selepas ditipu individu yang menyamar sebagai pelakon, Lee Dong Wook.Mangsa mendakwa berhubung dengan individu terbabit selama kira-kira lapan bulan menerusi media sosial sehingga percaya mereka sedang menjalinkan hubungan cinta. Malah, suspek memberitahu mangsa dia sudah memilihnya sebagai calon pasangan hidup dan mereka turut berbincang mengenai rancangan untuk bertemu keluarga.Wanita tersebut tertipu dengan kata-kata individu yang menyamar sebagai Lee Dong Wook.Bagaimanapun, sepanjang tempoh berkenalan, kedua-duanya tidak pernah bertemu secara bersemuka atau bercakap menerusi panggilan telefon.Mangsa diminta mengeluarkan wang selepas suspek mendakwa sedang menjalani penggambaran di luar negara dan akan menghantar bungkusan hadiah bernilai tinggi kepadanya.Suspek kemudian meminta mangsa membuat bayaran kononnya bungkusan berkenaan ditahan pihak kastam.ARTIKEL BERKAITAN: Lee Dong Wook anggap kerja rumah tanggungjawab lelaki, akui selesa hidup sendiriARTIKEL BERKAITAN: Filem tak laku di pawagam, Lee Dong Wook kecewa dengan penonton Mangsa dipercayai melakukan beberapa transaksi sehingga jumlah keseluruhan wang yang dipindahkan mencecah 35 juta won (RM100,000).Dia hanya menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan selepas gagal mendapatkan semula wang tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube