suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sanggup lihat Siti Badriah hamil lagi, Krisjiana korbankan ‘kelakian’ jalani prosedur vasektomi

Krisjiana yakin dengan keputusan jalani prosedur vasektomi.

PELAKON Krisjiana Baharudin nekad mengambil langkah melakukan prosedur vasektomi yang dianggap sebagai satu pengorbanan besar sebagai seorang lelaki.

Menurut Krisjiana, 32, keputusan tersebut dibuat kerana enggan membebankan isterinya iaitu penyanyi Siti Badriah dengan satu lagi proses kehamilan selepas mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

“Dalam perkahwinan, pengorbanan tidak seharusnya daripada seorang sahaja. Kalau sudah sepakat tidak mahu hamil, berhenti bebankan isteri,” katanya.

Krisjiana kenang pengorbanan isteri melahirkan dua anak mereka. 

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Krisjiana selesai menjalani prosedur berkenaan di sebuah pusat perubatan di Kota Tangerang, Banten, Indonesia pada Rabu.

Untuk info vasektomi adalah prosedur membabitkan proses memotong saluran sperma dalam alat kelamin lelaki untuk menghalang persenyawaan. 

Dalam hantaran sama, pelakon ini sempat berkongsi luahan perasaan mengenang kembali pengorbanan isterinya melalui tempoh hamil sebelum ini.

Malah, dia juga melihat Siti Badriah sanggup melupakan seketika soal kerjaya demi memberi fokus kepada anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh dakwaan suami curang, Siti Badriah pesan semak fakta sebelum buat spekulasi 

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Badriah tak halang suami kahwin lain, terbuka hidup berpoligami

“Dua kali hamil dan menyerahkan tubuhnya demi sebuah kehidupan. Menahan rasa mual, keletihan, kesakitan serta pelbagai perubahan yang bukan sedikit.

“Dia terpaksa mengorbankan pekerjaan, masa dan banyak perkara yang sebelum ini menjadi sebahagian daripada dirinya. Semuanya terpaksa dikorbankan demi hadirnya sebuah kehidupan yang merupakan darah daging kami,” luahnya.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Julai 2019 dan kini memiliki dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain