PENGACARA dan pelawak Andre Taulany tampil menjawab khabar angin dia bakal menamatkan zaman duda bersama pelakon Amanda Rigby dalam masa terdekat.Ketika bertemu media Indonesia, Andre, 52, hanya memberi jawapan ringkas memohon doa agar urusan pernikahannya dan Amanda berjalan lancar. "Iya, kalau memang benar... Alhamdulillah. Saya sangat gembira. Doakan sahaja.Andre belum sedia kongsi tarikh nikah. "Dia (Amanda) seorang yang baik, lemah lembut dan menerima seadanya dan sayangkan anak-anak," katanya.Andre bagaimanapun hanya berseloroh menyebut 'bulan purnama' apabila ditanya tentang tarikh pernikahan tersebut.Dalam masa sama, dia memberi pembayang anak-anaknya juga menerima baik kehadiran Amanda sebagai ibu tiri mereka.ARTIKEL BERKAITAN: "Perkahwinan adalah ibadah" - Andre Taulany tak serik nikah lagi ARTIKEL BERKAITAN: Sering pesan Gojek jadi punca cerai, Andre Taulany dedah isteri belanja RM500 sehari"Anak-anak mesti gembira kalau bapanya gembira," jawab Andre ringkas.Sebelum ini khabar angin pernikahan Andre mula menjadi bualan selepas wakil Pejabat Agama Kebayoran Baru, Jakarta Selatan mengesahkan pihak mereka menerima pendaftaran nikah atas nama Andre pada 14 Ogos.Untuk rekod, Andre sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rien Wartia Trigina pada Disember 2005 namun mereka bercerai pada Oktober 2025.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube