BEKAS kekasih mendiang aktres Hayden Panettiere iaitu Brian Hickerson ditahan dan digari polis selepas terbabit dalam kekecohan di sebuah bar di Greenville, South Carolina, Amerika Syarikat pada Ahad. Hickerson dilaporkan berada di premis berkenaan bersama abangnya, Zach sebelum berlaku pertengkaran dengan beberapa pengunjung. Rakaman video memaparkan Hickerson dipercayai mencampakkan sebuah bangku ketika pertelingkahan berlaku.Panettiere (kiri) disahkan mati pada bulan lalu. Difahamkan, situasi menjadi tegang selepas beberapa individu didakwa mengusik Hickerson dan abangnya dengan menyebut mengenai kematian Panettiere.Bagaimanapun, lelaki itu tidak ditahan atau dikenakan sebarang pertuduhan mengenai kekecohan tersebut dan dibenarkan beredar selepas keadaan menjadi tenang. ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin awal bukan sebab hamil, Ji Ye Eun tak rancang segera dapat anakARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 20 tahun berakhir, Alan Ritchson dan isteri umum berpisahKejadian itu berlaku kurang sebulan selepas Panettiere ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah kediaman di Greenville, AS sebelum disahkan meninggal dunia pada usia 36 tahun.Untuk rekod, Panettiere dan Hickerson menjalinkan hubungan secara putus-sambung sejak 2018.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube