suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perkahwinan 20 tahun berakhir, Alan Ritchson dan isteri umum berpisah

Alan Ritchson sah sudah bercerai.

PELAKON siri popular Reacher, Alan Ritchson mengesahkan rumah tangganya bersama isteri Catherine Ritchson berakhir selepas 20 tahun hidup bersama. 

Alan, 43, dan Catherine berkongsi berita perpisahan itu menerusi satu kenyataan bersama yang dimuat naik di Instagram pada Sabtu.

"Selepas 20 tahun bersama, saya dan Cat memilih untuk tamatkan perkahwinan ini dan meneruskan kehidupan masing-masing dengan haluan yang berbeza," katanya. 

Mereka bagaimanapun masih mengekalkan hubungan baik. 

Bagaimanapun, kedua-duanya menegaskan mereka masih menyimpan rasa kasih serta hormat antara satu sama lain.

Malah, mereka sepakat untuk terus bekerjasama membesarkan tiga cahaya mata lelaki mereka iaitu Calem, 13, Edan, 12, dan Amory, 10.

Pengumuman itu dibuat beberapa bulan selepas rekod mahkamah menunjukkan Alan pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Catherine pada Disember tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Megan Katseye terkejut jadi mangsa gangguan seksual, peminat tiba-tiba sentuh dada tak minta izin

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video tangan ditepis, isteri El Rumi tunjuk bukti hubungan dengan keluarga Ahmad Dhani baik tiada ‘drama’

Pasangan berkenaan bagaimanapun dilaporkan cuba memperbaiki hubungan sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah.

Untuk info, Alan dan Catherine mendirikan rumah tangga pada 12 Mei 2006 selepas mengenali antara satu sama lain sejak zaman sekolah menengah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

 

Artikel Lain