suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Megan Katseye terkejut jadi mangsa gangguan seksual, peminat tiba-tiba sentuh dada tak minta izin

Pendedahan Megan mengejutkan peminat.

ANGGOTA kumpulan Katseye, Megan, mendedahkan dia berdepan pengalaman tidak menyenangkan apabila menjadi mangsa gangguan seksual ketika mengadakan persembahan di luar negara.

Megan, 19, berkata kejadian itu berlaku ketika dia turun dari pentas untuk berinteraksi lebih dekat dengan peminat.

Namun dia terkejut apabila seorang individu secara tiba-tiba menyentuh bahagian dadanya tanpa kebenaran.

Megan lakukan pendedahan semasa siaran langsung di media sosialnya.

"Saya agak terkejut kerana ada seseorang yang memegang dada saya," katanya seperti dipetik Allkpop.

Megan bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu terbabit bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh.

Malah, dia mengakui suka interaksi secara dekat dengan peminat setiap kali tampil membuat persembahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli kumpulan Katseye, Manon didakwa ambil dadah... Terpalit skandal seks

ARTIKEL BERKAITAN: Dua anggota Izna bercium depan peminat, ramai anggap perkara biasa antara ahli kumpulan

Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, Megan berharap peminat dapat menghormati batasan peribadi dan tidak menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya secara tidak wajar.

"Saya sangat suka melihat wajah peminat dari dekat dan memegang tangan mereka.

"Tetapi saya harap selepas ini tiada lagi yang menyentuh bahagian tubuh yang tidak sepatutnya," ujarnya.

Dalam pada itu, Megan turut mengingatkan peminat supaya bersama-sama memastikan suasana konsert kekal selamat dan selesa untuk semua pihak.

Megan harap peminat timbulkan situasi selamat semasa konsert.

"Saya faham perasaan teruja dan bersemangat. Saya harap kita semua boleh saling menghormati supaya kita dapat menikmati detik indah ini dengan selamat,” katanya.

Kejadian tersebut turut mendapat perhatian peminat selepas beberapa rakaman persembahan Megan tersebar di media sosial.

Rata-rata peminat meluahkan rasa simpati terhadap penyanyi itu selain mengecam tindakan individu yang didakwa menyentuh Megan tanpa kebenaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain