suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakwaan serang lelaki mabuk, Seungri akui pegang botol minuman keras...“tapi saya tidak hayun atau ugutnya“

Seungri nafi melakukan serangan terhadap lelaki 30-an.

BEKAS anggota kumpulan Big Bang, Seungri menafikan dakwaan melakukan serangan berat terhadap seorang lelaki berusia 30-an yang membuat laporan polis terhadapnya.

Menurut laporan The Korea Herald, Seungri, 35, mengakui memegang botol minuman keras ketika berlaku pertikaian dengan lelaki terbabit, namun menegaskan dia tidak menghayunkan botol tersebut atau mengugutnya.

“Memang benar saya memegang botol minuman keras ketika memberitahunya bahawa saya tidak mahu dia menyertai kami, tetapi saya tidak menghayunkannya atau mengugutnya,” katanya.

Seungri sedia beri kerjasama untuk memberi keterangan.

Dalam pada itu, Seungri mendakwa keadaan kembali reda apabila mereka kemudiannya minum bersama, bertukar maklumat untuk dihubungi sebelum berpisah secara baik.

Malah, lelaki berkenaan turut menghantar mesej kepadanya beberapa jam kemudian dan memaklumkan mahu membawa cadangan perniagaan pada minggu berikutnya.

Pada Khamis, media tempatan melaporkan lelaki berkenaan membuat laporan polis pada 26 Ogos dengan mendakwa Seungri melakukan serangan berat.

ARTIKEL BERKAITAN: Muka semakin tembam, tidak jaga penampilan... Teruk Seungri kena kutuk

ARTIKEL BERKAITAN: Seungri didakwa bakal buka ‘Burning Sun’ kedua di Kemboja

Polis kini sedang menyiasat kejadian itu dan Seungri masih belum dipanggil untuk memberikan keterangan.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika Seungri sedang makan bersama dua kenalannya di sebuah restoran di Gangnam, Seoul.

Seorang lelaki yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk dikatakan beberapa kali meminta untuk menyertai mereka sebelum berlaku pertengkaran selepas permintaannya ditolak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain