PELAKON Brad Pitt bersama kekasihnya, Ines de Ramon dilaporkan sedang berusaha mendapatkan zuriat sendiri selepas empat tahun menjalinkan hubungan.Usaha tersebut dipercayai dilakukan ketika hubungan Brad dengan enam anak hasil perkahwinannya bersama aktres Angelina Jolie semakin renggang. Menurut sumber terdekat pasangan itu, Brad masih menyimpan hasrat untuk memiliki dua atau tiga cahaya mata bersama Ines.Malah, mereka tidak berputus asa untuk merealisasikan impian tersebut.Brad dan kekasih sentiasa berusaha dapatkan cahaya mata.“Brad dan Ines masih mencuba. Mereka belum berjaya tetapi tidak berputus asa.“Brad mahukan dua atau tiga anak bersama Ines,” kata sumber seperti dilaporkan media.Sumber turut mendakwa Brad dan Ines terbuka dengan pelbagai pilihan bagi merealisasikan impian membina keluarga termasuk mengambil anak angkat atau menggunakan khidmat ibu tumpang.Untuk rekod, Brad dan Ines mula menjalinkan hubungan pada 2022 dan hubungan mereka dilihat semakin serius sejak kebelakangan ini.ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi anak mahu buang nama ‘Pitt’... Brad Pitt dilihat masih tenang, bersantai bersama kekasih di ParisARTIKEL BERKAITAN: Selepas cerai dengan Brad Pitt, Angelina Jolie belum jumpa cinta baharuBagaimanapun, pasangan itu jarang berkongsi mengenai kehidupan peribadi mereka kepada umum.Dalam pada itu, hasrat Brad untuk membina keluarga baharu hadir ketika hubungannya dengan anak-anak hasil perkahwinannya bersama Angelina dilaporkan semakin renggang.Brad dan Angelina berpisah pada 2016 selepas lebih sedekad bersama sebelum melalui proses perceraian serta pertikaian undang-undang yang berlarutan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube