PENYANYI Lady Gaga didakwa sudah bergelar ibu selepas fotonya bersama seorang bayi tular di media sosial baru-baru ini.Menerusi foto berkenaan, Gaga, 40, dilihat berjalan bersama tunangnya, Michael Polansky, 42, di California Utara, Amerika Syarikat. Pelantun lagu Poker Face itu tampil santai mengenakan seluar putih longgar, kot dan cermin mata hitam, manakala Polansky pula memakai baju hud, seluar pendek, topi besbol serta selipar.Gaga berhati-hati dengan bayi dipelukkannya.Gaga turut dilihat cukup berhati-hati ketika mendukung bayi berkenaan dengan meletakkan tangannya di atas tubuh si kecil ketika mereka berjalan.Kemunculan Gaga bersama bayi tersebut mencuri perhatian ramai memandangkan pasangan itu sebelum ini cukup berahsia mengenai kehidupan peribadi mereka.Malah, sehingga kini Gaga dan Polansky masih belum mendedahkan sebarang maklumat mengenai bayi berkenaan termasuk nama, jantina atau tarikh kelahirannya.Memetik laporan Page Six, wakil Gaga dan Polansky juga tidak memberikan sebarang komen ketika dihubungi media berhubung perkara tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga hilang tiba-tiba, rakan syak sudah kahwin lari dengan tunangARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga hanya duduk 15 minit di VMA, terus beredar lepas menang anugerahDalam pada itu, kemunculan Gaga bersama bayi berkenaan turut mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat, termasuk dakwaan bahawa pasangan itu menggunakan khidmat ibu tumpang (surrogacy) untuk mendapatkan cahaya mata pertama.Bagaimanapun, dakwaan tersebut masih belum disahkan oleh Gaga atau Polansky.Untuk rekod, Gaga dan Polansky mula menjalin hubungan pada 2019 sebelum mengikat tali pertunangan pada 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube