PELAKON Syifa Hadju tampil menjernihkan keadaan susulan rakaman video tular yang mendakwa tangannya ditepis keluarga mentua sehingga mencetuskan spekulasi mengenai hubungan bersama keluarga suaminya, El Rumi dalam keadaan tidak baik. Enggan timbul salah faham berhubung video berkenaan, Syifa, 26, memuat naik foto sedang beramah mesra bersama keluarga suaminya menerusi Instagram Story. Menerusi perkongsian itu, Syifa menjelaskan tiada sebarang isu atau perselisihan faham berlaku antara mereka seperti yang didakwa segelintir warganet.Syifa menjelaskan mereka dalam keadaan baik-baik sahaja. "Tiada drama di sini, sekadar sebuah keluarga," tulisnya ringkas.Dalam pada itu, keluarga Ahmad Dhani turut meminta orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan hanya berdasarkan rakaman pendek tanpa mengetahui konteks sebenar kejadian.ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani marah El Rumi, dua hari sebelum nikah masih sibuk fikir kerjaARTIKEL BERKAITAN: Nama El Rumi tiba-tiba panas, didakwa lakukan gangguan seksualMereka menegaskan situasi yang berlaku tidak mencerminkan sebarang bentuk penolakan terhadap Syifa seperti yang diperkatakan di media sosial.Untuk rekod, Syifa mendirikan rumah tangga dengan El Rumi pada 26 April 2026.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube