NAMA anak kepada komposer Ahmad Dhani iaitu El Rumi kini menjadi bualan hangat di media sosial susulan timbul dakwaan dia pernah melakukan gangguan seksual.Biarpun pendedahan yang dibuat seorang pengguna Threads sekadar menyebut 'EJR', ramai mula membuat andaian bahawa El Rumi adalah individu yang dimaksudkan kerana nama sebenarnya ialah Ahmad El Jallaludin Rumi. Tenang berdepan dakwaan berkenaan, peguam kepada El Rumi bagaimanapun memberitahu anak guamnya terganggu apabila ramai yang menghubunginya untuk meminta penjelasan.El Rumi nafi terlibat dengan dakwaan gangguan seksual. "El Rumi rasa pelik dan terganggu. Ramai yang menghubungi dia minta penjelasan tentang isu itu."Kesian dia kerana ramai yang menghubungi, kasihan juga sebab melibatkan urusan kerja," jelas wakil peguam yang dikenali sebagai Aldwin Rahadian.ARTIKEL BERKAITAN: El Rumi, Syifa Hadju sah bergelar suami isteri ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani marah El Rumi, dua hari sebelum nikah masih sibuk fikir kerjaSementara itu, Aldwin juga menegaskan pihak mereka terus melakukan pemantauan terhadap mana-mana pengguna media sosial yang bertindak keterlaluan dengan menyebarkan berita tidak benar tentang El Rumi.Malah, mereka juga terbuka untuk meminta individu yang membuat pendedahan berkenaan tampil membuat laporan polis jika dakwaan tersebut benar."Jika ada yang mendakwa begitu, jangan berselindung. Cuba tampilkan diri secara rasmi. Jika perlu melalui proses undang-undang, silakan," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube