BEKAS kekasih kepada pelakon Korea Selatan, Hong Min Gi bertindak mendedahkan bukti dirinya pernah menjadi mangsa keganasan fizikal aktor itu semasa mereka bercinta.Wanita yang juga merupakan pempengaruh dikenali sebagai A itu turut memuat naik sebuah video di media sosial yang memaparkan kejadian Min Gi bertindak kasar semasa berada dalam keadaan mabuk. Tidak hanya itu, pelakon yang sangat dikenali di platform Netflix juga pernah menarik A masuk ke dalam rumah secara paksa sebelum menampar dan mentertawakannya bersama seorang rakan.A menunjukkan bukti dia hamil. "Individu yang menampar pipi saya ialah Hong Min Gi,” katanya seperti dilaporkan Koreaboo.Lebih mengejutkan lagi, dia juga mendakwa dirinya pernah dipaksa untuk menggugurkan kandungan ketika mereka menjalikann hubungan.Dia turut berkongsi rekod perubatan berkaitan prosedur pengguguran yang dilaluinya dengan menggunakan ubat methotrexate (MTX) sebagai bukti.ARTIKEL BERKAITAN: Baru setahun jagung sudah buat hal, artis baharu disingkir syarikat pengurusanARTIKEL BERKAITAN: Pelakon baharu buat hal, kaki pukul dan baling botol arak kepada kekasih!Sekadar info, MTX atau methotrexate merupakan sejenis ubat yang kadangkala digunakan untuk pengguguran kandungan pada peringkat awal atau bagi merawat kehamilan ektopik.Sebelum ini, pihak pengurusan Min Gi pernah menafikan dakwaan keganasan yang dilemparkan terhadap pelakon berkenaan.Bagaimanapun, untuk dakwaan terbaharu Min Gi masih belum memberi sebarang respons.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube