BELUM pun setahun mencipta nama dalam dunia hiburan, perjalanan kerjaya seni penyanyi Kandon terhenti selepas dia disingkirkan sebagai salah seorang anggota kumpulan FunxFun.Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan, penyingkiran Kandon dibuat selepas penyanyi itu didakwa melakukan beberapa pelanggaran serius terhadap peraturan yang ditetapkan.Isu yang timbul dijangkan menjejaskan kerjaya seni Kandon untuk jangka masa panjang. “Dengan rasa kesal, kami ingin memaklumkan bahawa berikutan beberapa pelanggaran serius terhadap peraturan yang dilakukan oleh anggota, Kandon, dia akan meninggalkan kumpulan ini berkuat kuasa 19 Ogos 2026,” jelas wakil pengurusan.Pihak mereka bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci kesalahan yang dilakukan oleh Kandon sehingga tindakan tegas diambil terhadapnya.Dalam masa sama, pengurusan kumpulan berkenaan meminta peminat agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyampaikan berita tidak benar tentang perkara tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon baharu buat hal, kaki pukul dan baling botol arak kepada kekasih! ARTIKEL BERKAITAN: http://Eric letih terima mesej berpuluh peminat sehari, cukup berbual di ’group chat’ saja“Kami juga memohon agar anda tidak menghubungi anggota kumpulan, mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, menyebarkan kenyataan berasaskan spekulasi atau melakukan sebarang tindakan sama,” ujarnya.Untuk info, Kandon merupakan salah seorang daripada tujuh anggota asal kumpulan FunxFun yang ditubuhkan pada Disember 2025.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube