suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon baharu buat hal, kaki pukul dan baling botol arak kepada kekasih!

Pelakon itu didakwa melakukan keganasan terhadap kekasihnya.

PELAKON baharu berasal Korea, Hong Min Gi berdepan dakwaan melakukan keganasan terhadap seorang individu yang dikenali sebagai A, dipercayai kekasihnya. 

Dakwaan itu didedahkan A menerusi media sosial pada pagi Rabu dengan mendakwa Hong Min Gi, 24, pernah bertindak kasar terhadapnya.

Antara dakwaan yang dibuat termasuk Hong Min Gi didakwa membaling botol arak ke arahnya ketika berada di jalan.

Tuduhan tersebut bagaimanapun tidak mempunyai bukti. 

“Dia membaling botol Soju ke arah mangsa di jalan.

“Dia memukul dan menolak bahu saya dengan ganas serta mencekik leher saya,” dakwanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Elak ’selfie’ punca Sam Smith murung... “Sekarang saya tidak kisah bergambar dengan peminat“

ARTIKEL BERKAITAN: Eric letih terima mesej berpuluh peminat sehari, cukup berbual di ’group chat’ saja

Bagaimanapun, dakwaan berkenaan masih bersifat berat sebelah dan kesahihannya belum dapat dibuktikan.

Untuk info, Hong Min Gi memulakan kerjaya lakonan pada 2020 dan mula dikenali menerusi drama Love Your Enemy menerusi watak Seok Ji Won.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain