suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dikta Wicaksono sudah nikah! Ramai wanita patah hati

Berita pernikahan Dikta mengejutkan ramai peminat.

DALAM diam, penyanyi Dikta Wicaksono selamat melangsungkan pernikahan dengan kekasihnya, Rachel Cia.

Berita pernikahan Dikta Pradikta Wicaksono, 40, turut disahkan oleh Pejabat Agama Daerah Pesanggrahan, Jakarta Selatan.

"Pernikahan sudah didaftar dan dilakukan pada 18 Ogos," jelas wakil pihak berkenaan.

Dikta dan Rachel jarang berkongsi kisah percintaan mereka di media sosial. 

Tambahnya, Dikta yang juga merupakan bekas vokalis kumpulan Yovie & Nuno telah memulakan proses pendaftaran pernikahan pada 9 Julai.

Meskipun tidak menghebohkan kisah bahagia itu, perkara tersebut mula dihidu oleh peminat mereka berdua.

Dikta dan Rachel dikatakan mula menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih sejak dua tahun lalu, namun jarang berkongsi gambar bersama di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Vino G Bastian tolak solekan nampak tua, sanggup gemuk demi watak 

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu terbeban, kini Zara Leola bangga jadi anak Enda Ungu

Kali terakhir mereka memuat naik gambar bersama adalah seminggu sebelum dilaporkan bernikah.

Berita pernikahan tersebut bukan sahaja mendapat ucapan tahniah daripada peminat, malah membuatkan ramai wanita yang meminati Dikta 'patah hati'.

"Sepatutnya aku yang bernikah dengannya.

"Ramai yang patah hati, termasuk saya," komen seorang peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain