suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rizky Billar lapor enam akaun media sosial, polis sudah periksa tiga individu

Rizky sudah melaporkan enam akaun media sosial yang didakwa menyebarkan fitnah.

PELAKON Rizky Billar membuat laporan polis terhadap enam akaun media sosial yang didakwa menyebarkan tuduhan palsu mengenai dirinya berlaku curang dengan Asila Maisa.

Laporan berhubung dakwaan itu dibuat di Polda Metro Jaya, Jakarta, Indonesia pada 17 Jun lalu dan sehingga kini pihak polis masih menjalankan siasatan.

Kasubbid Penmas Bidhumas Polda Metro Jaya, AKBP Onkoseno Grandiarso berkata, pihaknya sudah menjalankan proses klarifikasi terhadap tiga individu bagi membantu siasatan.

Rizky enggan memberi muka kepada pemfitnah.

“Berdasarkan laporan yang diterima Polda Metro Jaya pada 17 Jun 2026, penyiasat sudah menjalankan klarifikasi terhadap tiga individu iaitu MR, L dan AMF.

“Pelapor juga melaporkan beberapa akaun media sosial,” katanya. 

Dalam pada itu, Onkoseno berkata pihak penyiasat kini sedang menganalisis akaun-akaun yang dilaporkan Rizky bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung dakwaan yang dibuat terhadap pelakon berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar buat laporan polis, tuntut hukuman berat terhadap penyebar fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Dana RM300 ribu diseleweng! Rizky Billar tuntut bayaran penuh atau tindakan undang-undang

“Daripada laporan tersebut, penyiasat ketika ini masih menganalisis akaun-akaun terbabit.

“Perkara itu masih dalam siasatan pihak berkuasa,” ujarnya.

Sebelum ini, Lesti Kejora dan Asila Maisa turut dipanggil bagi memberi keterangan sebagai saksi berhubung laporan tersebut. 

Rizky sebelum ini membuat laporan terhadap enam akaun yang didakwa menyebarkan tuduhan dirinya mempunyai hubungan sulit dengan Asila, anak kepada pengacara Ramzy.

Tindakan itu diambil sebagai langkah tegas untuk memberi pengajaran kepada pihak yang menyebarkan dakwaan berkenaan, selain bukan kali pertama dia mengambil tindakan terhadap pengguna media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain