PELAKON Kang Ye Won berdepan situasi mencuit hati ketika melalui imigresen di beberapa negara gara-gara wajahnya sudah berubah selepas menjalani pembedahan plastik.Menurut pelakon itu, masalah tersebut berlaku apabila sistem automatik di imigresen gagal mengenali wajahnya kerana gambar pada pasport sudah terlalu lama dan tidak lagi sepadan dengan penampilan terkini. “Saya sudah lama menggunakan gambar pasport ini sehingga sistem automatik tidak dapat mengenali wajah saya.Wajah Ye Won selepas menjalani beberapa kali pembedahan.“Saya rasa saya perlu mengambil gambar baharu dan membuat pasport baharu,” katanya seperti dipetik Koreaboo.Ye Won berkata, dia pernah berdepan situasi sama ketika melancong ke China dan Jepun sehingga membuatkan dirinya berasa malu.“Saya rasa wajah lama dan wajah saya sekarang memang berbeza. Ini salah saya, jadi saya tidak boleh menyalahkan sesiapa,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon jatuh terduduk, baru tahu mendiang bapa tinggalkan hutang RM3.5 jutaARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi buat majlis selepas 14 tahun berkahwin, tunai janji kepada isteriEnggan kejadian sama berulang, Ye Won mengambil keputusan untuk membuat pasport baharu dengan menggunakan gambar yang lebih menepati penampilannya ketika ini.Sebelum ini, Ye Won turut mendedahkan dia pernah menjalani tujuh pembedahan pada bahagian mata dalam usaha mengubah penampilannya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube