suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penulis saman Taylor Sheridan, dakwa ciplak idea siri 'Yellowstone'

Taylor Sheridan didakwa ciplak idea daripada penulis lain.

PENGARAH siri popular Yellowstone, Taylor Sheridan berdepan saman selepas seorang penulis mendakwa idea karya berkenaan diambil daripada skrip yang pernah dihantarnya beberapa tahun lalu.

Penulis televisyen dan wartawan hiburan, Lauren J. Salkin memfailkan saman terhadap Sheridan selain NBCUniversal serta Paramount atas dakwaan pelanggaran hak cipta.

Menurut dokumen mahkamah, Salkin mendakwa pernah menyerahkan skrip episod perintis berjudul Sovereign Nation bersama bahan sokongan kepada syarikat produksi Sheridan antara 2016 hingga 2017.

Taylor dikatakan tidak memberi respons kepada penulis tersebut. 

Salkin mendakwa bahan tersebut sempat sampai ke pihak Sheridan selepas menerima maklum balas daripada Elevate Entertainment.

“Taylor mengucapkan terima kasih atas minat anda. Malangnya, dia tidak tersedia untuk projek televisyen,” katanya. 

Bagaimanapun, Salkin mendakwa hanya beberapa bulan selepas itu Yellowstone diberi lampu hijau untuk diterbitkan sebelum mula ditayangkan pada 2018.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama El Rumi tiba-tiba panas, didakwa lakukan gangguan seksual

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih buat pendedahan... Hong Min Gi sangkal dakwaan lakukan keganasan dan paksa gugur kandungan

Lebih mengejutkan, dia mendakwa terdapat beberapa persamaan antara Sovereign Nation dan Yellowstone termasuk watak, jalan cerita serta keseluruhan nada penceritaan.

Susulan itu, dia memohon injunksi mahkamah bagi menghentikan sebarang pelanggaran hak cipta yang didakwa masih berlaku.

Selain itu, Salkin turut menuntut ganti rugi termasuk sebahagian keuntungan yang diperoleh menerusi siri popular berkenaan namun jumlah tuntutan tidak dinyatakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain