PELAKON Korea Selatan Nam Bo Ra mengakui berdepan tekanan selepas bersalin apabila berat badannya masih belum turun seperti diharapkan.Nam Bo Ra, 37, berkata, keadaan itu membuatkan dia berasa tubuhnya semakin membesar sehingga menjejaskan emosinya. "Saya sudah bersenam semula. Bayi sudah keluar, tetapi berat badan masih belum turun dan saya rasa badan gemuk serta tertekan," katanya. Nam Bo Ra mahu mendapatkan bentuk badan seperti sebelum ini. Menurut pelakon itu, dia sebelum ini sukar untuk kembali bersenam kerana tidak sanggup meninggalkan bayinya yang masih kecil."Tetapi saya tidak boleh tinggalkan bayi untuk pergi bersenam, jadi saya duduk di rumah bersama bayi."Daripada terus tertekan memikirkan berat badan, saya buat keputusan untuk bersenam pada waktu pagi ketika pengasuh ada dan kembali kepada bentuk badan yang saya inginkan," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Penulis saman Taylor Sheridan, dakwa ciplak idea siri ‘Yellowstone‘ARTIKEL BERKAITAN: Padah 7 kali buat pembedahan plastik, pelakon malu ‘tersangkut‘ di imigresen China dan JepunDalam perkongsian sama, Nam Bo Ra turut meluahkan dilema sebagai seorang ibu yang perlu membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya.“Apabila saya keluar rumah, saya rindu nak tengok si kecil. Apabila berada di rumah, saya mahu bekerja. Apabila keluar bekerja, saya mahu cepat-cepat pulang ke rumah."Dan apabila bersama bayi sepanjang hari, saya tertanya-tanya bila saya akan bekerja semula. Adakah saya seorang saja yang rasa begini?” soalnya. Untuk info, Nam Bo Ra mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan pada Mei 2025 dan menyambut kelahiran cahaya mata lelaki pada Jun 2026.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube