BEKAS bintang pop remaja Disney, Jordan Pruitt mendakwa pernah menjadi mangsa buli penyanyi Miley Cyrus ketika mereka masih remaja.Menurut laporan Page Six, Pruitt mendedahkan perkara itu menerusi satu komen di Instagram yang kini kembali tular di media sosial. Komen berkenaan ditulis sebagai respons terhadap sebuah video lama yang didakwa memaparkan Cyrus memperlekehkan dua lagi bekas bintang Disney, Demi Lovato dan Selena Gomez.Jordan (kanan) mendedahkan pernah dibuli oleh Miley.“Beginilah cara Miley melayan semua orang ketika itu, termasuk saya,” tulisnya.Komen tersebut kemudiannya menarik perhatian seorang peminat yang meminta Pruitt berkongsi lebih lanjut mengenai apa yang berlaku antara mereka.Pruitt mendakwa Cyrus pernah menghubunginya dan meninggalkan mesej suara yang mengandungi kata-kata yang menyakitkan hati bersama rakannya, Mandy.ARTIKEL BERKAITAN: Netizen terkejut Miley Cyrus tayang payudara, kemaluan dalam sesi fotografiARTIKEL BERKAITAN: Netizen simpati tunang Miley Cyrus kena ‘halau’, tak dapat bergambar di Hollywood Walk of Fame“Miley pernah telefon saya dan meninggalkan mesej suara yang menyakitkan hati bersama rakannya bernama Mandy.“Mereka mengatakan saya perlu buat pembedahan hidung, membetulkan gigi dan mendapatkan khidmat koreografer. Dia memang tidak henti-henti mengganggu saya,” ujarnya.Pruitt sebelum ini dikenali sebagai penyanyi remaja dan pernah mengeluarkan beberapa lagu ketika berada di bawah naungan Disney.Beliau antara penyanyi muda yang mencipta nama menerusi platform Disney sebelum meneruskan kerjaya dalam bidang muzik.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube