PASANGAN selebriti El Rumi dan Syifa Hadju sah bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Raffles Jakarta, Kuningan, Jakarta Selatan pada Ahad. Menurut laporan Kompas, berita gembira itu disahkan oleh pendakwah Habib Usman bin Yahya yang turut hadir dalam majlis berkenaan. Menurut Habib Usman, suasana akad nikah tersebut berlangsung sangat tenang dan penuh keberkatan.El Rumi dan Syifa (kanan) bernikah pada pagi Ahad. "Tadi acara nikah berlangsung dengan tenang. Lafaz ijab kabulnya jelas, hanya sekali saja teru selesai. "Bila dia (El Rumi) menyebut 'Saya terima nikahnya' memang terang, berani dan lantang. Nampak macam sudah berlatih," katanya. Namun begitu, jumlah mahar yang diberikan El kepada Syifa masih belum didedahkan kepada umum.ARTIKEL BERKAITAN: Rantai bernilai RM59,000 curi tumpuan, Ahmad Dhani bocor tarikh nikah Syifa HadjuARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani umum tiada majlis sambut menantu anak kedua, akui ekonomi kurang baikMajlis akad nikah anak kepada penyanyi Ahmad Dhani dan Maia Estianty itu turut dihadiri oleh tokoh terkenal termasuk Agus Harimurti Yudhoyono, Bahlil Lahadalia, Marini Zumarnis, Daffa dan Ketua MPR, Ahmad Muzani.Difahamkan, majlis akad nikah diadakan pada waktu pagi, manakala resepsi pula dijadualkan berlangsung pada sebelah malam di lokasi sama.Sebelum ini, El Rumi dan Syifa Hadju telah melalui majlis siraman pada 24 April 2026 yang berlangsung penuh emosi apabila Maia kelihatan sebak.Pasangan ini turut mengadakan majlis pertunangan pada 21 Januari 2026 di Hutan Kota by Plataran Senayan yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat sahaja.Untuk rekod, El Rumi melamar Syifa pada Oktober 2025 selepas setahun menjalinkan hubungan cinta.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!