suria

Miliki aset jutaan ringgit, Hyeri tetap bijak berjimat… Guna berus gigi pakai buang

Hyeri sentiasa amalkan hidup jimat cermat.

PELAKON dan penyanyi Hyeri menjadi perhatian ramai apabila berkongsi sikapnya yang terlalu berjimat cermat walaupun mempunyai kewangan stabil.

Menerusi satu video yang dikongsikan saluran YouTube Cosmopolitan Korea, Hyeri menunjukkan barangan penting yang dibawanya setiap hari, termasuk berus gigi dan alat pensteril mudah alih.

Tanpa segan silu, dia mengaku menggunakan semula berus gigi pakai buang yang biasanya diperolehi ketika menaiki kapal terbang.

Hyeri mahu guna berulang kali berus gigi pakai buang berulang kali.

Kata Hyeri, dia berasa sayang untuk membuang berus gigi tersebut selepas hanya sekali digunakan.

“Biasanya kita gosok gigi dalam kapal terbang. Rasa membazir kalau buang terus, jadi saya simpan dan guna beberapa kali,”katanya.

Bagi memastikan kebersihan, Hyeri menggunakan alat pensteril mudah alih untuk menyimpan berus gigi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Hyeri menangis jalani ujian personaliti, pakar dedah keadaan mental membimbangkan

ARTIKEL BERKAITAN: Suka sentuh badan pelakon lelaki, Hyeri dicop ‘gatal’

Difahamkan alat tersebut sangat praktikal kerana mampu bertahan lama dengan hanya sekali cas.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai memuji sikapnya yang  berjimat. 

Sekadar info, Hyeri juga dilaporkan aktif dalam pelaburan hartanah dengan nilai mencecah jutaan ringgit membuktikan status kewangannya yang kukuh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain