SEORANG pengurus selebriti terkenal, dikenali sebagai Mr A, tampil membuat pendedahan tentang sisi gelap dunia hiburan yang tidak diketahui umum.Mr A mendakwa wujud amalan dalam kalangan selebriti terkenal yang menjadikan pengurus sebagai kambing hitam bagi menutup kesilapan mereka. Lebih teruk lagi, individu berkenaan juga mendedahkan sikap buruk artis di bawah jagaannya menjalinkan hubungan sulit ketika berada di lokasi penggambaran yang terletak jauh di luar bandar.Mr A membuat pendedahan sikap buruk artis di bawah jagaannya."Pelakon itu tidak keluar dari bilik, jadi saya membuka pintu apartmen dan terdengar bunyi dia bersama seorang wanita di dalam bilik tidur."Walaupun perkara itu boleh difahami, ia tetap mengejutkan. Mereka bertindak seperti tiada apa-apa berlaku. Wanita tersebut adalah pelakon watak kecil dalam drama yang sama," jelas individu berkenaan.Berkongsi lanjut, Mr A memberitahu ada dalam kalangan rakan pengurus terpaksa menutup perbuatan tidak senonoh artis mereka yang melakukan hubungan intim di dalam kereta.ARTIKEL BERKAITAN: Miliki aset jutaan ringgit, Hyeri tetap bijak berjimat… Guna berus gigi pakai buang ARTIKEL BERKAITAN: Kim Jong Kook tak pernah jumpa doktor gigi, selamba kunyah kulit kerangSelain itu, pengurus juga memainkan peranan penting menjaga rahsia agar setiap perbuatan yang dilakukan artis mereka tidak diketahui umum."Pengurus biasanya akan menanggalkan dashcam dalam kereta, memasang langsir gelap dan kemudian keluar bagi memberi privasi."Artis akan meminta saya membeli alat pencegah kehamilan atau membuat tempahan restoran serta bilik peribadi bagi pihak mereka," kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!