PENYANYI Kim Jong Kook membuat pengakuan terbuka tentang tahap kesihatan gigi yang mengejutkan ramai.Jong Kook, 50, tanpa berselindung memberitahu dia tidak pernah mendapatkan rawatan gigi sejak kecil. “Saya tidak pernah pergi ke doktor gigi sepanjang hidup.Jong Kook tidak malu berkongsi kisah peribadi. “Saya langsung tidak pernah menjalani sebarang rawatan.” katanya.Jong Kook berkongsi perkar tersebut ketika tampil sebagai tetamu dalam rancangan The Way of the Manly Man in Kyushu bersama dua lagi rakan artis iaitu Choo Sung Hoon dan Daesung.Ketika menikmati makanan yang disedialan, Sung Hoon dan Daesung terkejut melihat Jong Kook mengunyah kulit kerang dengan selamba.ARTIKEL BERKAITAN: Kim Jong Kook dah buat ujian kiraan sperma, doktor beri jaminan bakal isteri mampu hamil semula jadi ARTIKEL BERKAITAN: Miliki kekayaan RM304 juta, Kim Jong Kook dedah masih pakai seluar dalam berlubangMalah Jong Kook juga tidak menunjukkan sebarang reaksi sakit atau kurang selesa ketika mengunyah.Dalam keadaan terkejut Daesung sempat berseloroh menggelarkan Jong Kook sebagai lelaki budiman kerana tidak meninggalkan sisa makanan.“Dia tidak tinggalkan makanan yang diberi. Dia makan makanan panas itu bersama kulit kerang. Lelaki sejati yang gila,” ujarnya.Sementara itu Sung Hoon menyifatkan Jung Kook sebagai lelaki bertuah kerana tidak perlu mendapatkan rawatan gigi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!