suria

Ahmad Dhani marah El Rumi, dua hari sebelum nikah masih sibuk fikir kerja

Ahmad Dhani bimbang kerana anaknya terlalu sibuk dengan urusan kerja.

KOMPOSER Ahmad Dhani sempat menegur anaknya, El Rumi yang terlalu sibuk dengan jadual kerja meskipun hanya beberapa hari menjelang hari pernikahan. 

Melihat ragam anaknya itu, Ahmad Dhani secara berseloroh turut memberitahu El Rumi perlu dikurung atau 'dipingit' seperti yang biasa dilakukan oleh bakal pengantin dalam adat Jawa.

"Saya marah dia kerana masih sibuk dengan kerja. Dia harus dipingit.

Majlis pernikahan El Rumi dan Syifa dinantikan ramai peminat. 

"Saya pun tidak tahu kenapa dia sibuk bekerja. Mungkin nak tunjukkan dia boleh uruskan semua," katanya.

El Rumi bakal melangsungkan pernikahan dengan pelakon Syifa Hadju pada Ahad.

Majlis pernikahan akan diadakan di sebuah hotel mewah di Jakarta, Indonesia dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi rahsia, Switzerland jadi saksi cinta El Rumi dan Syifa Hadju 

ARTIKEL BERKAITAN: Rantai bernilai RM59,000 curi tumpuan, Ahmad Dhani bocor tarikh nikah Syifa Hadju

Berkongsi tentang persiapan majlis berkenaan, Ahmad Dhani memberitahu El Rumi sendiri yang menguruskan segala persiapan termasuk pemilihan baju untuk ahli keluarga.

Dalam masa yang sama, dia enggan mendedahkan secara terperinci tentang beberapa majlis lain kerana tidak mendapat kebenaran anaknya.

"Semuanya El telah siapkan, termasuk baju yang saya pakai.

"Saya tidak boleh beritahu konsep majlis. El tak benarkan untuk saya beritahu," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain