suria

RM BTS kantoi merokok kawasan larangan, didakwa buang sampah merata-rata

Pihak RM masih lagi berdiam diri.

ANGGOTA kumpulan K-pop terkenal, RM, terpalit dengan kontroversi selepas muncul laporan mengenai tingkah lakunya ketika berada di Jepun.

Menurut laporan media Korea, penyanyi itu didakwa merokok di kawasan awam di Shibuya yang merupakan zon larangan merokok.

Insiden tersebut dipercayai berlaku ketika RM keluar bersiar-siar pada waktu malam, selepas meluangkan masa beberapa jam di sebuah pub sebelum meninggalkan premis sekitar pukul 1 pagi.

Antara foto yang tular melibatkan RM BTS.

Laporan sama turut mendakwa RM berada di Jepun bagi rangka Jelajah Dunia Arirang BTS.

Dalam pada itu, RM dikatakan dilihat berjalan dalam keadaan kurang stabil di sepanjang lorong berkenaan.

Lebih mencetuskan perhatian, dia bersama beberapa rakannya didakwa merokok di dalam bangunan tanpa kawasan khas yang dibenarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: RM BTS cedera menjelang konsert, pergerakan koreografi terpaksa dihadkan

ARTIKEL BERKAITAN: Berkahwin bukan untuk lari daripada kesunyian, RM BTS sedia cari pasangan hidup

Situasi itu menyebabkan seorang pengawal keselamatan tampil memberi teguran terhadap mereka.

Selain itu, mereka juga dilaporkan membuang puntung rokok ke lantai sebelum ia dikutip oleh seorang pekerja wanita, sekali gus mengundang kritikan dalam kalangan netizen.

Sehingga kini, RM mahupun agensinya masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain