suria

Song Min Ho (Winner) berdepan hukuman penjara 18 bulan, rayu peluang kedua jalani latihan ketenteraan

Min Ho berdepan hukuman penjara 18 bulan.

AHLI kumpulan Winner, Song Min Ho berdepan hukuman penjara selama satu tahun enam bulan selepas didakwa melanggar Akta Perkhidmatan Ketenteraan.

Menurut laporan Allkpop, Mahkamah Daerah Barat Seoul mengadakan perbicaraan pertama kes tersebut pada Isnin yang dipengerusikan Hakim Sung Joon Gyu.

Pendakwa raya menuntut hukuman penjara terhadap penyanyi berusia 31 tahun itu susulan kegagalannya menunaikan tanggungjawab sepanjang tempoh perkhidmatan wajib.

Min Ho rayu diberi peluang kedua.

Sebelum perbicaraan bermula, Min Ho dilihat menundukkan kepala sambil menyatakan rasa kesal.

“Saya amat menyesali perbuatan saya dan memohon maaf kerana mengecewakan ramai pihak. Saya akan memberikan kerjasama penuh sepanjang perbicaraan,” katanya.

Dalam prosiding tersebut, kira-kira 10 peminat dilaporkan hadir memberi sokongan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas anggota Winner sudah insaf, aktif sertai program pencegahan dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Ponteng latihan ketenteraan, Song Mino berdepan hukuman penjara

Untuk rekod, Min Ho berkhidmat sebagai pekerja perkhidmatan awam dari 24 Mac 2023 hingga 23 Disember 2024 dengan jumlah kehadiran wajib sekitar 430 hari.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan mendakwa dia tidak hadir tanpa kebenaran selama 102 hari.

Penyanyi itu mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dikenakan.

Peguamnya memaklumkan Min Ho kini menyesali tindakannya dan memohon mahkamah mempertimbangkan faktor keadaan kesihatan ketika kejadian.

Dalam rayuannya, Min Ho turut menyatakan hasrat untuk kembali menjalani perkhidmatan ketenteraan sekiranya diberi peluang.

Artikel Lain