suria

Park Bom tak putus asa, sekali lagi cuba nasib pikat Lee Min Ho... Tulis surat luah rasa rindu

Park Bom (kanan) masih lagi menyimpan perasaan terhadap Min Ho.

PENYANYI Park Bom sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tidak berputus asa meluahkan perasaan terhadap aktor popular, Lee Min Ho. 

Anggota kumpulan 2NE1 ini memuat naik satu hantaran di media sosial berupa surat yang ditujukan khas kepada Lee Min Ho dengan tajuk 'A Letter to Lee Min Ho'

“Helo? Saya Bom. Apa khabar? Saya menulis surat ini seolah-olah kita rapat. Saya sangat merindui awak. 

Park Bom sebelum ini tidak segan meluahkan perasaannya kepada Min Ho.

"Hidup ini tidak terlalu sukar kan? Saya kini sedang menjalani hidup sambil memerhatikan awak, Min Ho," katanya. 

Sebelum ini, Park Bom pernah beberapa kali menunjukkan rasa kagumnya terhadap Lee Min Ho dan menyebut pelakon drama Boys Over Flowers itu sebagai suaminya dan berkongsi gambar suntingan menunjukkan mereka berdua.

Bagaimanapun, pihak agensi Lee Min Ho menegaskan bahawa mereka berdua tidak pernah bertemu secara langsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Park Bom tiba-tiba ‘unfollow’ semua di Instagram kecuali Lee Min Ho

ARTIKEL BERKAITAN: Park Bom alami gangguan emosi, sedang dipujuk untuk dapatkan rawatan

Park Bom sebelum ini juga turut menjadi perhatian selepas terpalit dengan isu melibatkan rakan kumpulan 2NE1, Sandara Park. 

Tidak lama kemudian, dia tampil membuat permohonan maaf secara rasmi menerusi sepucuk surat tulisan tangan.

Park Bom kini difahamkan sedang berehat daripada aktiviti seni selepas menghentikan sementara penyertaannya dalam jelajah 2NE1 atas faktor kesihatan, dan memberi fokus kepada pemulihan diri

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain