suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kumpulan Kangen Band dibubarkan... Dodhy dedah wujud kezaliman, larang anggota lain bawa lagu ciptaannya

Kangen Band dibubarkan mulai Sabtu.

PENGASAS dan gitaris kumpulan popular Indonesia, Kangen Band iaitu Dodhy Hardiyanto mengumumkan kumpulan berkenaan dibubarkan selepas lebih dua dekad dalam industri muzik.

Dodhy membuat pengumuman itu menerusi Instagram miliknya dan mendakwa wujud ‘kezaliman’ dalam kumpulan tersebut yang menyebabkan dia mengambil keputusan berkenaan.

"Saya ingin menyatakan bahawa Kangen Band dibubarkan kerana wujudnya kezaliman dalam kumpulan ini.

Dodhy dakwa wujud kezaliman dalam kumpulan tersebut.

"Saya selaku pemilik dan pengasas Kangen Band sudah sekian lama memendam rasa sakit ini," katanya. 

Bagaimanapun, Dodhy tidak mendedahkan secara terperinci mengenai kezaliman yang dimaksudkan itu sehingga menyebabkan kumpulan tersebut dibubarkan. 

Dalam masa sama, Dodhy turut memberi amaran kepada bekas anggota Kangen Band serta pihak penganjur supaya tidak lagi membawakan lagu hasil ciptaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gitaris Kangen Band gigih bantu mangsa kemalangan, penduduk kampung tiba-tiba datang maki tuduh jadi punca

ARTIKEL BERKAITAN: Anak kena buli di sekolah, Andika Kangen Band buat laporan polis

"Kepada anggota yang terlibat serta pihak penganjur acara (EO), bekas anggota Kangen Band dilarang sama sekali membawakan lagu-lagu ciptaan saya," tambahnya. 

Untuk rekod, Kangen Band ditubuhkan pada 4 Julai 2005 dan antara lagu popular hasil ciptaan Dodhy ialah Tentang Aku, Kau dan Dia, Selingkuh, Tentang Bintang dan Yolanda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain