PELAKON Ji Ye Eun tampil menepis dakwaan dia kini sedang hamil selepas mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada Disember depan.Menurut Ji Ye Eun, 32, alasan dia secara tiba-tiba mengumumkan berita gembira itu bukan disebabkan sedang berbadan dua dan hamil sebelum berkahwin. Malah pelakon ini turut menegaskan dia dan kekasihnya, Vata, tidak merancang untuk memiliki cahaya mata dalam masa terdekat selepas mereka sah bergelar suami isteri.Ji Ye Eun yakin Vata lelaki terbaik buatnya. "Ramai yang kata terlalu awal untuk berkahwin dan bertanya adakah saya hamil. Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak hamil."Kami pun tidak merancang tentang mendapatkan anak, kami mahu menikmati kehidupan sebagai pasangan baharu," katanya.Ji Ye Eun sebelum ini mengejutkan ramai peminat dengan pengumuman dia bakal berkahwin dengan Vata selepas lima bulan berkenalan.ARTIKEL BERKAITAN: Sentuh isu sensitif, netizen kecam Kim Jong Kook gurau kasar dengan Ji Ye Eun ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan serang lelaki mabuk, Seungri akui pegang botol minuman keras...“tapi saya tidak hayun atau ugutnya“Berita tersebut menimbulkan spekulasi kononnya dia sedang berbadan dua dan mahu segera berkahwin.Ji Ye Eun dalam masa sama memberitahu keperibadian Vata membuat dia yakin lelaki itu adalah pilihan terbaik buatnya."Dia seorang yang tenang. Kalau bergaduh sekalipun dia akan bercakap dengan baik. Dia sentiasa ada bersama ketika saya sakit," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube